.

Sabtu, 17 April 2010

Diari Auni

Tanggal 3 April 2007, ummi disahkan mengandung... Alhamdulillah, rasa syukur sangat.. Siapa tak seronok bila berpeluang melahirkan zuriat sendiri?? Alhamdulillah....,
ummi terpilih menjadi salah seorang hamba-Nya yg diberi ruang & peluang untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu...Syukran Ya Allah...

Teringat pulak dalam satu e-mail yg pernah ummi terima dr seorang rakan...betapa mulianya seseorang yang bergelar isteri & ibu....Alangkah bertuahnya ummi...

“ Ketahuilah betapa mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak...
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita...

Hari berganti hari & my due is coming...dipendekkan cerita, ummi terpaksa di 'induce' bagi melahirkan zuriat sulung ini...saat ini barulah ummi faham kenapa dikatakan
“ SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU...”
Sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...Ummi hanya mampu berdoa & berbekalkan sokongan seorang suami ummi cuba lalui semua kesakitan ini...Alhamdulillah, Auni “keluar” dengan selamatnya tanpa tangisan pd mulanya...tapi, selepas di tepuk oleh nurse barulah dengar tangisan anak ummi...baby girl rupanya....termakbullah impian kami dengan lahirnya
Nur Auni Insyirah bt Jamaluddin..

Mula-mula tatap muka Auni terdetik dalam hati...betulke anak aku ni?? Tanpa rasa bersalah, ummi pun bertanyakan pd nurse sambut baby ummi td, “Nurse, betul ke ni anak saya?”.. Nurse tu senyum je..iye, betul ni anak puan...
Bukan apa, masa lahir Auni persis anak cina...dengan putih melepaknya & mata pulak sepet...ummi takut tertukar anak je...ni gara2 terpengaruh cerita kat TV...tertukar anak masa dalam wad... Na'uzubillah...jgnlah jadi kat ummi...Lagi satu pelik sebab ummi & papa Auni tak putih pun...tetiba dapat anak yg putih bersihnya...he..he..

Tiada ulasan: