.

Ahad, 18 April 2010

AKTIVITI

Ummi paling suka bila cuti hujung minggu...banyak le aktiviti yang boleh buat antaranya keje2 rumah yang tertangguh, dah masuk 4bulan berpindah ke rumah baru ni tapi barang2 masih ada yang tak settle lagi nak mengemasnya...tapi takpe, semua tu masih tersusun rapi dalam stor...he..he..
Mmm...anak2 pulak, macam biasalah bangun pagi2 main dengan ummi & papa dulu, dah penat & berpeluh baru nak mandi & sarapan...lepas tu??? Masing2 ada aktiviti tersendiri...
Kakak Auni tu, apalagi tengok CD kegemaran dialah, kalau takde mood nak tengok CD dia menulis,melukis @ mewarna...masih dalam proses nak mahirkan diri...tapi sebelum tu nak kena dengar dulu dia baca ABC (dalam versi lagu la...), setakat baca je dulu, masih dalam proses mengenal bentuk2 alphabet ini... Alhamdulillah, masa umur Auni nak masuk 2 tahun, Auni dah kenal anggota badan, jenis2 haiwan liar & haiwan jinak,serangga2 kecil & bilangan dalam versi inggeris & melayu satu persatu... Kalau pergo zoo tu dia akan sebut semua binatang yang dia nak tengok nanti termasuklah mosquito & ant...(nak tergelak pun ada, mana ada orang nak pegi zoo tengok nyamuk & semut) tp takpelah, tengok jelah kalau terjumpa nanti...

Aina pulak...memandangkan kakak Auni suka tengok CD dia pun macam suka jugak... Lagi2lah kalau tengok Discovery Channel-National Geoghraphy...cerita2 binatang... Bukan main khusyuk lagi...
Bila dapat habiskan masa dengan anak2,rasa terisi hidup ini... Walau dalam apa jua keadaan ummi & papa tetap akan luangkan masa untuk kedua2 permatahati ini...
Penat??? Tidak sama sekali...kalau penat sangat, bergilir2lah lah jawabnyee...

Tiada ulasan: