.

Ahad, 18 April 2010

Diari Aina

Selang 2tahun, ummi menanti kelahiran puteri kedua pulak, Aina. Sepanjang mengandungkan Aina, ummi banyak turun darah...kata Doktor, rahim ummi ni tak kuat... So, tak boleh banyak bergerak...naik turun tangga...walaupun sedang bertugas... Alhamdulillah, sahabat2 ummi memang ambil berat dan banyak membantu...Terima kasih sahabat2 semua...Terima kasih juga buat suami tercinta, mak ayah (gerik) & mak mertua di atas sokongan, doa & kesabaran kalian menjagaku selama kandungan 9 bulan ini.

Tepat jam 2.19am, bertarikh 10 April 2009 lahirlah puteri kedua ummi,Nur Aina Athirah bt Jamaluddin. Kali ini ummi lahirkan baby tanpa di “induce”, tapi memandangkan ummi terlekat uri, ummi terpaksa menunggu hingga 5jam lebih untuk melalui proses MRP...tak pasti pulak istilah penuh tp pendek kata proses “korek uri”. Mula2 dengar macam ngeri je tapi, alhamdulillah...proses tu berjalan lancar dalam keadaan separuh sedar...mmg tak sakit tapi terasa jugak lah perut ni di godek2.. Sedih jugak sebab lepas lahirkan Aina ummi cuma dapat tatap kejap je mukanya, lepas tu ummi terus di bawa ke bilik bedah untuk proses MRP ini... 10jam lebih selepas itu barulah ummi dapat pegang Aina...itupun setelah kesan ubat bius hilang.
Lain anak, lain dugaannya tapi alhamdulillah...ummi dapat lalui semua ini. Bila dah jadi ibu ni, nyawa sendiri bukan perkara pertama yang dibimbangkan...anak adalah segalanya.
*****************************************

Tiada ulasan: