.

Isnin, 27 Februari 2012

Selamat Tinggal..dan Selamat Datang...

Salam sejahtera semua..

Entry kali ni nak citer pasal tajuk di atas tu.. Apa yang selamat tinggal nyer? dan apa yang selamat datangnyer?.. suspen je..harapnya semua yang baik-baik belaka..Terbaekk..!! itulah yang aina dok selalu sebut bila tengok citer Boboiboy..papa pun dah terikut sama..terbaeekkkk.. :)

SELAMAT TINGGAL....

Well..sebenarnya nak citer pasal Selamat tinggal untuk Kamera yang telah banyak berjasa dalam setahun ni.. Beli dia awal 2011 hari tu..sepanjang setahun ni rasanya dah beribu-ribu keping gmbr yang dirakamkan bersamanya.. Terima kasih tak terhingga buat Mr. Olympus SP800uz, Kamera semipro pertama yang papa dan umi beli..

Bukan tak sayang kan dia, sayang sangat..tapi terpaksa beralih arah. Nak cuba DSLR pulak..asyik dok kena racun dengan kengkawan tmpt kerja akhirnya papa buat keputusan untuk meninggalkan Mr. Olympus ni dan beralih kepada Mr yang baru. So sekali lagi terima kasih yang tak terhingga buat x kamera kesayanganku selama setahun ni..




Ni antara gmbr-gmbr yang terhasil dari Mr. Olympus ni..



SELAMAT DATANG.....


Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia En.....

Amboi intronyer..cambest je..kata orang bila dah teruja lagu tulah jadinya..hhohohoo..... Jadi diperkenalkan lah Mr Kamera yang baru..(ni je yang mampu buat masa ni :) )

Mr Sony SLT A55V.  
 Akhirnya dapat juga sambar kamera yang amat-amat diminati ni.

Kisahnya bermula bila satu ketika dok surf internet dan terjumpa iklan kamera sony ni.  Bila klik je dibawalah mengembara oleh Sony ke dunia SLT A55v ni. Pandangan pertama amat mengagumkan dengan teknologi terbaru dari Sony ni..terus jadi "cinta pandang pertama". Bukan tak berminat dengan model dari brand lain cam "N" dan "C'', tapi bila dah jumpa yang ni dan explore serta compare dengan model lain hati masih tertarik dengan model ni. So dah cinta maka kenalah melamar kan?...Pada Jan 2012 yang lepas, akhirnya dapatlah juga mendampingi sony slt A55V ni.. Nak tau lanjut ttg model ni just tanya cik "google". Banyak review yang telah dibuat. Di Youtube pun byk video-video berkaitan kamera ni. 

So dah ada DSLR ni..kena lah study dengan lebih lagi semua perkara berkaitan ilmu photografi ni. Cik Google masih jadi pilihan mencari maklumat dan ilmu photografi. Pening juga weh.. dengan aperturenyer, shutter speednya, ISOnyer, Exposurenya..tapi bila dah minat, kenalah mendalami ilmu ni. Bukan nak jadi pro, amatur pun dah cukup, yang penting gambar-gambar yang diambil memuaskan hati untuk jadi kenangan dimasa depan..insyaallah sehingga ketemu lagi... Terbaeekkk... :)

Sebuah Renungan Bersama...

Sebenarnya kekadang tu terpikir juga tentang ini..
Mengenangkan Malaysia ketika ini..
Amat jauh bezanya ketika aku kecil dahulu..
Apa sebenarnya masyarakat kita kejar dalam hidup ini kekadang telah banyak mengenepikan agama malah ada yang mempergunakan agama..
Seperti sudah lupa bahawa dunia ini adalah sementara sahaja..
Kandungan email..
R E N U N G A N:
1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– DLL.
2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —- seterusnye..
3) Badminton —– Golf —-
4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow….
5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…
6) Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather…
7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadnyai — Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour…
9) mancing kat parit /longkang —- sungai — kolam (bayar punye)—-
laut dalam (sewa bot mewah)…… Kalong
….. T E T A P I…
KITA JUGA LUPA….
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA…..
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN…’ON LOAN’…
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH ‘PERSEDIAAN UNTUK MATI’
Umpamanya:
1) tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan amalan…..
2) banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…
3) Bangi —- madinah —- mekah—
4) sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/
5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/masjid. …
6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU…..
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet —– 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan… . .
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. …….
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…
……infiniti. ……
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.’
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
‘Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.’
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassalam.

Isnin, 13 Februari 2012

Salam kembali

Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam kembali..sebenarnya salam kembali tu buat papa n umi la.. : ). Maklumlah..dah lama tak ber " blog". Dah lebih setahun tak jenguk blog ni. Bukan nak tinggalkan terus..tapi komitmen terhadap kerja membuatkan masa agak terhad.. Balik rumah pun kadang2 bawak balik kerja sekali..so sebab tulah jarang dapat masa untuk kongsi cerita di blog ni.

Tapi Insya-Allah, kedatangan tahun 2012 ini diharapkan papa dan umi ada kesempatan untuk aktifkan blog ni dan updatekan selalu..


Sempat lagi bergambar dalam keter..papa tengah drive balik Ipoh dari Kuala Lipis Pahang.. Masa ni Raya Aidilfitri 2011