.

Ahad, 27 Jun 2010

YANG INDAH ITU BAHASA...

Anak2 adalah anugerah-Nya yang saaangat istimewa. Hadiah yang tidak ternilai dari Allah SWT. Ummi & papa sentiasa melaksanakan yang terbaik untuk anak2 tersayang ni... sebenarnya, tujuan entry kali ini adalah mengenai akhlak didikan terbaik untuk anak2...ummi akui banyak lagi kelemahan ummi dalam mendidik anak2 comel ummi ni, namun ummi & papa sentiasa berusaha melakukan yang terbaik... Salah satu didikan yang perlu & sentiasa diterapkan pada anak2 adalah ucapan terima kasih...& ungkapan tolong jika mahukan bantuan seseorang...bukan sahaja ungkapan ini, malah bercakap dengan nada yang sopan.
Alhamdulillah, anak2 ummi cepat belajar..terutamanya kakak Auni memandangkan Aina masih belum fasih bercakap... Memang sedari kecil, ummi & papa akan ungkapkan 'terima kasih,ye...' pada anak2 meskipun anak2 masih kecil & belum memahami apa yang diungkapkan... Begitu juga ungkapan 'tolonglah...' apabila perlukan pertolongan anak2 dalam sesuatu perkara... Kakak Auni memang cepat belajar & tahu bila ungkapan2 begini mesti digunakan...malah intonasinya juga bersopan...(melainkan masa moodnya tak baik & kerjanya diganggu...pasti kakak akan menjerit...)

SITUASI 1 :
" Ummi....tolong bukak pintu ni, (pintu bilik air) kakak nak wash-hand.."
SITUASI 2 :
" Papa, auni nak coklat...nanti papa beli ye! Papa tolonglah..." (siap melentok2 kepala merayu mcm kt bwh ni)
SITUASI 3 :
" Tima kasyih ummi...( bila dah diberi apa yang diminta )
SITUASI 4 :
" Aina, taknak la kacau kakak, kakak nak work..kakak nak lukis2 ni.." (ni kalau mood baik, kalau tak, tak sampai seminit Aina pergi kat kakak dah nangis...sebab kakak buat adik..., kesian Aina).

Mendidik anak2 bukan boleh diambil mudah. Anak2 sekarang terdedah dengan pelbagai perkara, suasana yang mcm2 ada..& kecanggihan teknologi yang boleh merosakkan. Kadang2 ummi rasa risau sangat tengok anak2 mudah terikut dengan apa sahaja yang baru dilihat. Mereka belajar melalui pemerhatian, pengalaman & persekitaran...kdg2 sikap tidak baik & negatif ini diambil bukan dari rumah (mmg sbg ibu & bapa kita sedaya upaya elakkan apa sahaja perkara tidak baik diperlihatkan depan anak2) tapi, bila anak2 keluar dari kepompong rumah & bercampur gaul dengan orang lain...banyak perkara yang telah mereka lihat & belajar khususnya dari rakan sebaya/ rakan sepermainan dan sesiapa sahaja yang mereka lihat sehingga mereka boleh meniru aksi2 negatif tersebut... Ummi memang pernah lalui situasi membimbangkan ini & sehingga hari ini ummi masih dalam usaha men'delete' kan perkara negatif yang pernah terakam dlm minda anak ummi ni supaya kembali "clean & clear" seperti asal...

3 ulasan:

Zaidah berkata...

satu perkongsian yang bagus...untuk mendidik anak2...terutama di zaman globalisasi nie....banyak cabaran

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

dina,
sbg ibu bapa kita mahukan yg terbaik utk anak2. tahniah atas didikan dina. di rumah wajib kita tunjukkan sifat dan akhlak yang baik supaya anak2 akan berakhlak mulia. sgt2 khuatir bila mrk dah bersekolah dan mula kenal dgn ramai kawan, anak2 akan dapat byk benda negatif, pendidikan di rumah jadi benteng sama ada anak2 akan terima yg negatif atau positif.

mrk akan peroleh apa shj dari luar...peranan kita sbg ibubapa utk memberi tunjuk ajar pada mrk.

Ummi Zunnurain berkata...

To K.Zaidah & Fiza :
Memang besar cabarannya nak didik anak2 ni,kan? kdg2 rasa teruji sgt... Kita cuba yang terbaik, tapi tulah bila sampai satu keadaan dimana anak2 buat sikap yg tak sepatutnya,rasa sedih & risau sgt... Mcmmana nak elak, kalau dirumah anak2 masih boleh dikawal & dipantau sebaiknya tapi kalau diluar (bila bercampur dengan rakan sebaya dsbnya) anak2 agak sukar dikawal...yelah dah seronok main, semua perilaku kawan akan diikutnya...bila kembali keadaan asal, ummi & papa puas cari ikhtiar pulak nak 'delete'kan sikap @ perilaku yang anak2 belajar dr kawan2nya...mm.. panjang pulak huraian ni, tp tulah bimbang bila b'depan situasi gini...ada apa2 cara terbaik untuk dikongsi tak BAGAIMANA CARA TERBAIK MEN'DELETE' KAN SIKAP NEGATIF YG ANAK2 BELAJAR DARI LUAR?? Mmg ummi & papa akan bagitahu kalau sesuatu yg dibuat tu tak elok tp yelah budak2..baru 3tahun...kejap je dia ikut pastu dah lupa...tlg ye kalau ada apa2 yg blh dikongsi ttg ni...