.

Selasa, 22 Jun 2010

PERMATAHATIKU & BUKU...

Risaunya anak2 bergilir2 demam...mula2 Aina pastu giliran kakak Auni pulak demamnya...Ummi terjaga  dari tidur beberapa kali untuk pastikan kepala anak2 di jelum...papa pulak memang on-time bab ubat anak2..alhamdulillah, sekarang ni dua2 nampak kembali aktif... Auni,kembali pada rutin harianya..berkepit dengan buku2 kesayangannya & Aina pulak sebagai pembantu setia kakak...apa yang kakak buat, pasti akak ditiru Aina..!! Baru2 ni, papa bawa anak2 beli buku. Memang saat yang paling dinantikan...baru sampai je ke rak buku kakak & adik berlari-lari dapatkan apa saja yang boleh dicapai... 

Tengok saje si kakak, selamba je baring dilantai pasaraya ni mcm kat rumah pulak ..! (mujurlah tak ramai orang time ni) Tengok! carta tu pun terbalik punyalah teruja nak nengok gambar2 binatang...mmm..masih rindu nak ke Zoo la ni...


Aina manja ummi ni mana ye?? Si kecik ni terkedek2 lari dari ummi sbb nak dukung dia...bukan boleh letak bawah, ada je aktiviti dia...Ni dalam proses nak ngemas buku di rak..penat kejar Aina..
Dah penat lari la tu...mmm..nak tengok kakak buat pe pulak..
Alahai...khusyuknya kakak..Aina tu tengah fikir buku apa yang nak dicapai...
Sampai je umah..terus capai pensil & siapkan beberapa latihan...Mm..alhamdulillah, penulisan Auni semakin lancar...Aina dah tidur kepenatan...dapatlah kakak buat latihan tanpa gangguan adik...tapi tunggulah adik Aina bangun nanti....berlari-larilah kakak dengan buku2nya....

"..Ya Allah, permudahkanlah anak-anakku dalam menimba ilmu...berkatilah ilmu-ilmu yang dipelajari, semoga anak2 ku terus-terusan mencintai ilmu sekaligus memanfaatkan ilmu2 mereka untuk agama, bangsa & negara.."

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Tiada ulasan: