.

Isnin, 27 Februari 2012

Selamat Tinggal..dan Selamat Datang...

Salam sejahtera semua..

Entry kali ni nak citer pasal tajuk di atas tu.. Apa yang selamat tinggal nyer? dan apa yang selamat datangnyer?.. suspen je..harapnya semua yang baik-baik belaka..Terbaekk..!! itulah yang aina dok selalu sebut bila tengok citer Boboiboy..papa pun dah terikut sama..terbaeekkkk.. :)

SELAMAT TINGGAL....

Well..sebenarnya nak citer pasal Selamat tinggal untuk Kamera yang telah banyak berjasa dalam setahun ni.. Beli dia awal 2011 hari tu..sepanjang setahun ni rasanya dah beribu-ribu keping gmbr yang dirakamkan bersamanya.. Terima kasih tak terhingga buat Mr. Olympus SP800uz, Kamera semipro pertama yang papa dan umi beli..

Bukan tak sayang kan dia, sayang sangat..tapi terpaksa beralih arah. Nak cuba DSLR pulak..asyik dok kena racun dengan kengkawan tmpt kerja akhirnya papa buat keputusan untuk meninggalkan Mr. Olympus ni dan beralih kepada Mr yang baru. So sekali lagi terima kasih yang tak terhingga buat x kamera kesayanganku selama setahun ni..




Ni antara gmbr-gmbr yang terhasil dari Mr. Olympus ni..



SELAMAT DATANG.....


Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia En.....

Amboi intronyer..cambest je..kata orang bila dah teruja lagu tulah jadinya..hhohohoo..... Jadi diperkenalkan lah Mr Kamera yang baru..(ni je yang mampu buat masa ni :) )

Mr Sony SLT A55V.  
 Akhirnya dapat juga sambar kamera yang amat-amat diminati ni.

Kisahnya bermula bila satu ketika dok surf internet dan terjumpa iklan kamera sony ni.  Bila klik je dibawalah mengembara oleh Sony ke dunia SLT A55v ni. Pandangan pertama amat mengagumkan dengan teknologi terbaru dari Sony ni..terus jadi "cinta pandang pertama". Bukan tak berminat dengan model dari brand lain cam "N" dan "C'', tapi bila dah jumpa yang ni dan explore serta compare dengan model lain hati masih tertarik dengan model ni. So dah cinta maka kenalah melamar kan?...Pada Jan 2012 yang lepas, akhirnya dapatlah juga mendampingi sony slt A55V ni.. Nak tau lanjut ttg model ni just tanya cik "google". Banyak review yang telah dibuat. Di Youtube pun byk video-video berkaitan kamera ni. 

So dah ada DSLR ni..kena lah study dengan lebih lagi semua perkara berkaitan ilmu photografi ni. Cik Google masih jadi pilihan mencari maklumat dan ilmu photografi. Pening juga weh.. dengan aperturenyer, shutter speednya, ISOnyer, Exposurenya..tapi bila dah minat, kenalah mendalami ilmu ni. Bukan nak jadi pro, amatur pun dah cukup, yang penting gambar-gambar yang diambil memuaskan hati untuk jadi kenangan dimasa depan..insyaallah sehingga ketemu lagi... Terbaeekkk... :)

Tiada ulasan: