- Biasanya, sebelum fokus pada satu2 bab/perkara yang nak diajar ummi akan tetapkan masa sebagai satu tempoh untuk anak2 menguasai sesuatu bab/perkara yang diajar, ..dan anak2 ummi memang disediakan jadual. Walaupun tak ikut 100% tapi aktiviti anak akan nampak teratur. Contoh : Mengenali anggota badan (mesti dalam dua versi ; Bhs.Inggeris & Bhs kita )... bila anak dah dapat kuasai perkara tersebut ummi akan beralih dengan tajuk lain pulak dsbnya disamping tidak tinggalkan terus tajuk2 yang lepas...sekali sekala tanya semula..& alhamdulillah, dalam usia awal 2 tahun Auni dah boleh sebut 'parts of body'...haiwan2 & sound of animal dengan lancar...(setiap yang diajar menggunakan dwibahasa ; eng & bm )
- Mengajar & terangkan dengan jelas...ini apa? itu apa?
- Kaedah pengulangan... kaedah ini sebenarnya meningkatkan lagi daya ingatan anak2...kena rajin tanya apa saja yang telah dipelajari dalam apa jua keadaan (agak2 le masa yang sesuai seperti dalam kereta ke...sambil jalan2 ke...dsb) contoh kalau bab 'shape'...kat jalanraya kan banyak papan tanda yang pelbagai bentuk...secara tak langsung anak sendiri akan sebut apa yang dia tahu... Auni memang peka kalau nampak bentuk2 ni..."Ummi/papa.., ni rectangle (signboard tepi2 jalan)...ini circle (lampu isyarat).." & kalu tnya yang lain pun dengan penuh bangga & confidentnya dia akan bagi jawapan..hehe...
- Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik...mmm...penting ni, kena la rajin buat alat bantu mengajar (ambil masa yang banyak untuk buat, so, time cuti hujung minggu baru leh buat) seperti flash card, aktiviti menggunting & menampal ke, gambar2 yang colourful untuk menarik perhatian anak2 ke.. contoh tentang animal ; boleh lukis sendiri @ print je dari internet..mesti ada punyer...@ beli... Ummi beli jugak, ada koleksi haiwan2 ; haiwan jinak,liar, serangga...memang menarik...anak2 memang suka... Bila pegang lembu (lembu plastik la..) dia akan sebut ini cow...moo.... ( dengan bunyinyer sekali..) atau pelbagaikan cara mengajar.. dengan cara bercerita, CD, belajar dalam bentuk berlagu dsbnya...
6. Kenalkan pada anak setiap perkara di sekelilingnya...segala2nya sama ada di dalam atau di luar rumah...kena perbanyakkan lagi word untuk dia sebut & objek sekeliling untuk bagi anak2 kenal... Bab ni memang ambil masa, sekarang ni pun ada lagi perkara yang Auni tak dapat sebut... Kalau yang dia tahu pun tak semua dapat sebut dengan betul...pelat kot..! Aina pulak baru nak belajar bercakap...so, fokus pertama nak bagi kenal insan2 sekelilingnya (buat masa ni boleh sebut papa, kakak, opah & atok...ummi tak tersenarai pun..huhu ), haiwan2 kecil macam bird,cat,dog,cicak & beberapa perkataan mudah yang lain khususnya barang milik dia...memang Aina dah kenal & pandai sebut...bila sebut je dah terkedek2 cari..hehe..
Play more, learn more....macam iklan chipsmore pulak hehe...bermain & belajar dalam satu masa! Memang sesuai untuk bayi & anak2 yang baru nak terdedah dengan pembelajaran sekeliling.... bab main kat luar ni payah la sikit, tengok keadaan..kalau ada masa & persekitaran memuaskan, ummi/papa akan bawa ke taman permainan...kalu tak, kat porch kereta jelah...sambil tolong basuhkan kereta..hehe...leh pupuk sikap rajin tolong ibubapa & semangat kerjasama...seperti yang dinyanyikan oleh "Wonderpets"...